Ruhana ~ "Me, love & life"
Blog Owner : Ruhana Jusoh

After 1 year ++ published on d net, just try the new style of publishing, so may be  little changes needed to produce the dynamic weblog , Although seems like d contents are almost the same , but hopefully the new appearance will generate more ideas.....& d most important thing is, of course u can add comments to my posting, ....... Have fun!!!  Back to MyWebPage  

31
October 2008 Friday @ 10:41:32 am
Minat sama ke tidak????

Sukan, Kna paling x minat, xpayah korang criter lah apa dia, badminton, golf, world Cup, olahraga semua x minat., segala semua tournament, buang air liur korang je, sure Kna tidor jer........tp korang mesti tahu apa yg Kna minat........

Lagu , sungguh x berguna........ianya telah bermula semenjak sebelum tadika, dengar je terus boleh ikut. (kalau boleh Kna pon xnak, Kna nak juga pandai Quran mcam tu, dengar sekali terus boleh ikut, Tp itulah kelebihan ini mgkn x akan kemana. kalau bijak Quran boleh bawa bekal ke Akhirat) Sedih pulak rasanya....Tuhan Engkau pon tahu apa yg aku inginkan, bkn semua ini.......sedih....:(

Ni nak kongsi lagu ni mesti korang rsa pernah dengar somewhere, lagu Bee Gees, "WORDS" sampaikan Aton balik KL carikan tape tu nak bagi as a souvinier masa part 1 itm......semuanya telah dimusnahkan sekarang huhuhu.....xpe lah x beri menafaat pon, mcam kata suami......


30
October 2008 Thursday @ 5:56:38 am
Untuk Nusa bangsa....Gingerbread Part II

Ada ke org nak baca criter bodo Kna nih????? tp sbb dah janji nak sambung maka now kena sambunglah. Musim remaja ni mmg indah seperti musim bunga wpun x bercinta atau x dicintai sesiapa tetapi fenomenanya amat berseri, semuanya seolah penuh warna warni.......cuba tya adik2 korang yg sedang meniti musim remaja....
Dipendekkan criter waktu berlalu pantas sehingga result SRP diumumkan, hhehheee Kna telah berjaya mencapai cita2 iaitu keputusan yg lebih baik drp SA hensem tu. Maka berlagaklah & jadi x heran pada SA lg sbb kita pon boleh dpt apa yg lebih baik drp dia ( Kes perasan & sombong diri yg mula melanda), Saat ini titik pertama kita memulakan perantauan meneruskan pengajian di luar daerah & kg.......Selamat tinggal kenangan di desa kelahiran. apa pun tkasih untuk SA yg dia pon x kenal Kna sebenarnya sbb dia merupakan pencabar terhebat dlm diam di arena pertarungan akademik di menengah rendah.....
Bila telah memasuki SBP maka xleh dah bergelar juara kg, dlm klas pon hanya dpt no 10 -14 gtu. Not bright anymore, markah pon biasa2 je, cikgu pon x kenal mana... cuma senior je x suka sbb Kna suka melawan...hehheehe . biasa la darah tgh panas......Naik form 5 telah digelar rocker. Ada ke sewel bebudak ni(masa tu), ada ke baik & sopan (sopan ???) cam Kna ni dipanggil rocker, alasan sbb kami bebudak klas sains dengar radio. itu jer???


29
October 2008 Wednesday @ 8:25:40 am
Preview....BDK KELANTAN, ada sedih didlm hati

Just now terglance pada trailer movie'Budak Kelantan' yang akan ditayangkan bermula 30 Oct 08, teruja rasa ingin melihatnya tp korang bebudak muda pegi la tgk kalau ada kesempatan, Kna akan tunggu cd cetak rompak keluar, kalau x pon copy je dr opismate nanti bila dah x hot lagi.....Semasa baca sinopsis & tgk trailer tu ada kesedihan dihati..., tersekat halkum sebentar, terasa segalanya melingkari disekeliling kehidupan sendiri.......memang begitulah jiwa & kehidupan belia Kelantan, sama ad yg baik, biasa atau terlebih nakal........................drp pengalaman dunia sekeliling serta pengamatan terhadap budaya mereka......hayati jln cerita tu & itulah mereka, org muda kelantan.Tahniah untuk pengarah Wan Azli.


28
October 2008 Tuesday @ 8:51:58 am
Fmily day MIS MARA di Lumut.....

Ok, budak2 hepi sesangat, mandi kolam sampai kecut2 main air kat kt Water Park sampai keletihan........wp sehari tp nampaknya semua berpuashati, perjlanan pula hanya 4 jam saja serta lalu ikut jln kg melalui Sg Besar & Sabak bernam (Kg Cik Lin), maka dgn pemandangan yg indah serta jualan ditepi jalan segalanya jadi menenangkan dan meriah.....

Singah tepi jln, beli udang Galah fresh, mangga, jagung & nira nipah........terasa cam balik kg wp un cuma kg orang, sungguh meriah. Dah 30 thn x merasa udang galah sungai, maka berbaloi lah membeli wp agak mahal.....


24
October 2008 Friday @ 4:55:01 am
Untuk Nusa bangsa....Gingerbread

"Risau nya bila bersendiri, semenjak kau tiada disisiku lagi, kiranya kau ada bersama , x mungkin begini, hidup kumenaggung rindu, selalu terbayang wajahmu, suara mu yg manja menghibur hari sepi......."

Tahu tu wording lagu apa???? tentu korang rasa cam pernah dengar lagu di atas tu, tentulah lagu kump GingerBread, untuk nusa bangsa yg antara lagu popular ditahun 80an dimana masa ni berada di darjah 6 dan tkt 1. Terkenang.... lagu ni  merupakan background senario masa  naik bas sekolah pagi2 form 1 di sekolah agama berdekatan.  Ianya menyuntik semangat juang untuk belajar bersungguh2.

Semalam terdengar lagu ni kat radio Klasik masa dlm keta nak ke opis, sungguh nostalgia...... Klau suami ku tahu, mati........kena leter. Kena pulak masa tu 1983...ada sorang SA drp sekolah Menengah berdekatan yg amat smart, bijak & low profile, Pengawas pulak tu, kata orang SA Kna ni adalah antara top 5 sekolah dia, katanya lagi dia dapat 8 aggregat SRP. Maka now (masa tu la) Kna ada penanda aras untuk menetap kan target SRP, sbgai paling kurang pon mesti <8.......semakin hari semakin semangat g sekolah sbb nak lawan ngan SA yg hensem ni wpun tahu diri kita siapa dr segi penampilannya, x per lah bkn nak kawin ngan dia cuma  dia sbg pencetus semangat. Sejak meminati seseorang kita mula segan nak main pondok2, nak main permainan budak2 kecik, jadi bgt berdisiplin, balik sekolah terus mandi solat Zohor & siapkan kerja sekolah. tp x pernah reti nak study, ingatkan org study & baca buku tu masa nak exam saje.......maklum xpernah tengok orang lain di asrama yg masa tu dah study kaw2 wp baru form 1. Jadi Kna memanipulasikan sepenuhnya zaman kanak2 & awal remaja itu, hheheee. Lps siapkeje sekolah baru tolong mak, masak nasi ke, angkat air ke apa2 lah sbb umah kami xder letrik, pakai pelita ayam myk gas & angkat air dr perigi............ Nak tahu dia siapa dia SA kna tu? orang kg sebelah...hahahaha,.
Kami selalu sama-2 tertingal bas sekolah sbb sampai lambat kat bus stop tu, tp wp lambat dia relax jer...sambil baca buku tunggu bas biasa plak.  Masa naik bas balik pula, my best fren mas tu, syarifah/ ijah akan tolong tinjau dr dalam bas untuk Kna maas bas singgah amik pelajar sekolah Menengah SA pula dipertengahan jalan.........Ijah yg kepoh sama ada dia ada ke x hari tu atau SA bergayut ditangga sebab bas penuh..........to be continued soon, keep on reading !!!

(Tis weeked nk g family day kat Lumut....,bye . (Assgmt berlambak x antar 1 pon lagi, semlm Dr salwani dah antar reminder..........)


15
October 2008 Wednesday @ 9:45:09 am
Musim raya & kenangan lama....

Ntah kenape semalam tiba-2 teringat ke itmt Dungun......, so kna pon surf cari emel address beberapa lecturer yg masih ingat. hantar ucapan raya wp x hope meka semua ingat pada siapa kita maklumlah pelajar derong beribu2, mestilah sukar untuk mengingat. Antara emel yg Kna dapat reply adalah, drp Ustaz Zaid ROTU, dia sampaikan salam buat semua ex-itmtees yg masih ingat padanya. Itu Pesannya. Dah lama rupanya masa berlalu.................pelbagai episod telah kita lalui dlm hidup kita, ada di kalangan rakan kita yg telah berkahwin beranak pinak, ada yg telah berpisah, ada yg dah berkahwin kali ke2, ada yang pasangan pergi lebih dahulu, ada yg masih sendiri, ada yg dah kaya raya, serta ada juga yg terlupa rakan2 lama dll.......Tak kisah la camana hidup kita, kita tetap Hamba Allah yang perlu sentiasa taat padaNya wp di mana kita berada & di mana kita berpijak.

Cuma hari ni rupanya x dapat balik awal, konon xder klas nak balik awal dpt buka kat umah tp hujan turun dgn lebatnya.........jenguk drp tkt 7, kereta bersusun........Masa tgh drive pagi bertubu-tubi idea & cerita datang & artikel terhimpun kat kepala, bila ada masa, idea hilang.......Kna masih blom sronok g klas masih dlm RAYA MOOD........

Btw Kna dah subscribe streamyx, tp blom kesempatan  nak buat apa2 kat umah, sibuk beraye.....


06
October 2008 Monday @ 9:06:05 am
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raye semua......,


Anak2 di pagi raya umah mertuaku...........

A day b4 raya g beli hp baru.........konon tepon raya, tp tkial2 nak pakai since x familiar wp x lah canggih mana sebenarnya, biasalah org tua jakun.......almaklumlah nokia tu frendly forever.....Adik2 & suami nak buang hp tu sambil marah2 sbb asyik x angkat.......hehhehe......

Gambar raya byk ni snap tp dah kena warning ngan adik lelaki " Jgn letak kat blog". Nanti lah ada masa Kna update 1, 2. Kna ckp ... adk lelaki x promote, pompuan jer nak promote. Tuan pyer diri xder pon cuma snap gambar ore....adik2 perli dah jd photographer plak ke?.......

Camana raya thn ni........korang mesti meriah, kami cam biasa je, umah mertua org dtg x putus, tp Umah Kna xder sgt, mknan byk kami makan sendiri je........Kakak masak rendang, nasi impit, nasi minyak & kari ayam, ayam goreng berempah, raya ke2 kakak buat nasi dagang. Menu Kna apa?? Kna beli kue raya & kcg sket, cukup lah , x masak apa pon. kan kita dah cakap kita x suka masak........., bila kakak ada lagilah naik tocang.

B4 Raya ....... kat umah mertua, mata Ahmad bengkak kena ketik ko pi'ngat, (dgigit serangga cam tebuan)
 

B4 raya  kat umah mak., umah blakang dlm gambar kiri tu, umah adik. (below)

Hakim, Klong & Cik Su            Klong, sepupu & Cik Su


My Profile
Name: Ruhana Jusoh
E-Mail: ruhana@losong.com